Khamis, 12 Januari 2017


BIODATA RINGKAS TOKOH


 (KERIS MAS) 


KERIS MAS dilahirkan ke dunia tanggal 10 Jun 1922 dan diberi nama sebagai Kamaludin Bin Muhammaddi Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di kampungnya sehingga tahap darjah 5. Selepas itu, beliau ke Sekolah Tawalib di Sumatera dan seterusnya mengikuti pengajian di kolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam) yang membolehkannya mendapat Diploma Perguruan. Ayah Keris Mas mengharapkan anaknya ini akan mengajar agama. Bagaimanapun, hajat ini tidak kesampaian. Apabila kembali ke Malaya pada 1940, dia ke Singapura dan belajar di Pitman’s College yang akan membolehkannya (jika tamat dan lulus) mendaftarkan diri untuk memasuki peperiksaan matrikulasi London University (University of London Matriculation Examinations) serta dikecualikan daripada peperiksaan Cambdrige. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya kerana sebelum sempat tamat pengajian, Perang Dunia kedua telah meletus, dan pengajiannya terbantut kesan dari peperangan itu.

Selepas perang, Keris Mas juga pernah bergabung dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang, dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura. Seterusnya beliau berpindah ke Melayu Raya pada tahun 1953 dan berpindah pula ke Warta Negara di Pulau Pinang pada bulan September 1953 hingga tahun 1955. Beliau kembali bertugas di Utusan Melayu pada akhir tahun 1955dan merupakan antara pengasas yang menubuhkan persatuan ASAS 50. Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalan sosial-politik sesudah merdeka.Cerpen pertama yang dihasilkan oleh beliau berjudulWasiat Orang Bangsawan yang tersiar dalam majalahSuluh Malaya (1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan(1968). Beliau menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Mac 1992 akibat serangan sakit jantung dandikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim di Bukit Kiara.

SEJARAH KEHIDUPAN TOKOH


(KERIS MAS)


Keris Mas merupakan seorang tokoh Sastera yang terkemuka serta disegani oleh masyarakat pada zaman kegemilangan beliau serta merupakan individu pertama yang menerima anugerah gelaran Sasterawan Negara. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu hingga mencapai tahap darjah 5. Berdasarkan hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau seharusnya layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, akan tetapi pihak yang berkuasa pada waktu itu telah menggunakan sistem amalan pemilihan tertentu menyebabkan beliau tidak berpeluang meneruskan pelajaran seperti yang sepatutnya. Namun, kejadian itu tidak membenam usaha beliau  untuk menambah ilmu di dada kerana keluarga Keris Mas telah menghantar beliau ke Sumatera mengikuti pelajaran diTawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diploma perguruan diKolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam), bertujuan untuk melayakkan dirinya menjadi Guru Agama. Sistem pentadbiran kolej tersebut menggunakan bahasa Indonesia dan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar, di samping bahasa Belanda yang dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib danbahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan. Akan tetapi, perkara lain yang telah terjadi iaitu beliau telah lulus dalam Ilmu Umum dan bukannya Jurusan Agama sebagaimana yang diharapkan oleh keluarganya.

Setelah itu, Keris Mas telah kembali semula keTanah Melayu pada tahun 1940, seterusnya beliau menuju ke Singapura dan telah mendaftarkan diri dengan Pitman Colleg bagi membolehkan beliau mengambil peperiksaanMartikulasi Universiti London. Dalam usaha beliau untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu itu, tercetusnyaPerang Dunia Kedua menyebabkan pelajaran beliau pada waktu itu terbantut dan terhalang sama sekali. Selepas berakhirnya Perang Dunia kedu  yang memperlihatkan kekalahan pihak Jepun, Keris Mas telah menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan dilantik menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Beliau juga telah menghadirkan diri pada kongres tergempar PKMM yang berlangsung di Singapura pada akhir tahun 1947.Pengunduran diri daripada PKMM oleh keris Mas telah dilakukan tidak lama kemudian, dan telah bertukar untuk bertugas sebagai pengarang di Utusan Melayu Singapura.Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran jumlah Majalah Mastikayang ketika itu kurang mendapat sambutan daripada pembaca. Beliau dengan gigih berusaha melaksanakan tugas tersebut sehingga berjaya.

Seterusnya pada tahun 1953, Keris Mas telah berpindah kerja untuk bertugas di Melayu Raya, tetapi perkhidmatan beliau di situ tidak lama kerana telah berangkat ke Pulau Pinang dan berkerja dengan Warta Negara pada bulan September 1953 sehingga tahun 1955.Beliau telah kembali bertugas di Utusan Melay  pada akhir tahun 1955, sebagai Anggota Sidang Pengarang. ApabilaDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956, Keris Mas telah dipelawa oleh Ungku Aziz selaku pengarahnya untuk berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka yang pada ketika itu beribu pejabat di Johor Bahru. Pelawaan Ungku Azizi itu diterima oleh Keris Mas dan beliau telah berkhidmat sebagai Pengarang Umumdari 1 Disember hingga 31 Oktober 1962, kemudiannya beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarang. Seterunya beliau telah diangkat menjadi Ketua Bahagian Pengarang Sastera bermula pada 1 Julai 1971 sehingga beliau bersara pada tanggal 10 Jun 1977. Selaku Ketua Bahagian, Keris Mas turut diberi tanggungjawab sebagaiKetua Pengarang majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walaupun Keris Mas dikenali sebagai anggota aktif ASAS 50, beliau sebenarnya telah menghasilkan karya kreatif lama sebelum ASAS 50 ditubuhkan lagi.Penulisan nove  beliau yang pertama terhasil ialahPahlawan Rimba Malaya yang diterbitkan dalam tahun 1976. Menurut keterangannya, Pahlawan Rimba Malayaditerbitkan lebih pendek daripada manuskrip asalnya. Hal ini berlaku kerana pihak penerbitan pada ketika itu kekurangan kertas, maka novel tersebut telah disingkirkan. Semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan PKMM, setahun kemudian beliau telah menulis sebuah cerpen perjuangan "Darah dan Air Mata"yang tersiar dalam majalah Kenchana keluaran 15 Oktober 1947. Sejak mula peringkat awal kegiatannya mengarang, Keris Mas telah memperlihatkan bakatnya dalam penulisan cerpen.

Keris Mas merupakan antara tokoh penting,malah merupakan tokoh yang memimpin Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 yang mendukung kuat fahaman "Seni untuk Masyarakat" dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu. Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, cita-cita Keris Mas untuk memberikan seluruh perhatian kepada perkembangan sastera Melayu telah berhasil dengan tertubuhnya Bahagian Perkembangan Sastera pada tahun 1971 yang kemudian diperbesarkan menjadi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai tahun 1976.

Setelah Keris Mas bersara, beliau terus diberikan penghormatan sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Sejak awal 1979, Keris Mas menjadiKaryawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalamkursus penulisan kreatif. Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai sebanyak RM10000.00dan berserta watikah telah dianugerahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976. Kerana kebolehan dan rasa tanggungjawabnya pada tugasan dan kesusateraan, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan pada tahun 1979 pula beliau telah dipilih sebagai salah seorang Anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Panel Anugerah Sastera telah bersetuju untuk memilih Keris Mas sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini telah berlangsung di Bangunan Parlimenpada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

SUMBANGAN

(KERIS MAS)

Keris Mas dalam dunia kesusasteraan telah banyak memberikan sumbangannya. Sememangnya sumbangan beliau dalam dunia kesusasteraan tidak dapat disangkal lagi. Beliau telah memberikan sumbangan dalam memperjuangkan gagasan "Seni untuk Masyarakat" dan merupakan pendokong kuat fahaman tersebut. Keris Mas juga turut memberikan suntikan isi dan halatuju kepada perjuangan angkatan ini. Penekanan utama yang diberikan kepada Keris Mas adalah kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca. Sebagai contoh dalam cerpen beliau 'Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan' dan 'Kejadian di dalam Estet' membawa persoalan nasionalisme - perjuangan menuntut kemerdekaan Hassan seorang pemimpin kecil lari ke kota Singapura apabila darurat bermula untuk melepaskan diri dari di tanggkap oleh pihak Inggeris. Apabila di Singapura Hassan tidak lagi meneruskan kegiataan politiknya.

    Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa Keris Mas bersungguh-sungguh memberi sumbangan dalam memperjuangkan gagasan 'Seni untuk Masyarakat' kerana beliau adalah seorang ahli dan tokoh terpenting dalam Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 yang dikemudi oleh beliau. Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, cita-cita Keris Mas untuk memberikan seluruh perhatian kepada perkembangan sastera Melayu telah terhasil dengan tertubuhnya Bahagian Perkembangan Sastera pada tahun 1971 yang kemudiannya diperbesarkan menjadi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai tahun 1976. Selain itu, Keris Mas juga telah memberi sumbangan besar yang telah diusahakannya iaitu memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketika itu kurang mendapat sambutan dalam kalangan pembaca.

       Sumbangan Keris Mas memang banyak dalam dunia kesusasteraan ini yang dilihat telah berkembang merentasi masa serta mengalami perubahan dari masa ke semasa mengikit perubahan globalisasi. Penghasilan kira-kira 60 buah karya cerpen oleh Keris Mas dilihat menjadi penyumbang kepada perkembangan sastera dengan mengemukakan pelbagai persoalan, daripada soal percintaan, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalan sosial-politik sesudah merdeka. Selain itu, terdapat beberapa buah cerpen Keris Mas telah diterjemah ke dalam bahasa lain seperti Cina, Korea, Inggeris, dan Rusia. Penterjemahan ini membolehkan ahli sasterawan negara lain memahami dan menghayati karya yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Karya-karya yang dihasilkan oleh Keris Mas mampu menghidupakan imaginasi pembaca dan menjadi kunci kepada kejayaannya. Keris Mas juga telah memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek yang menjadi pencetus idea serta perkembangan sastera di negara ini, dan beliau merupakan antara tokoh yang paling banyak berjasa dalam dunia kesusasteraan dan dikenang sehingga ke hari ini.

KARYA - KARYA YANG DIHASILKAN

 (KERIS MAS)  

    Karya pertama beliau berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpentelah dihasilkan oleh beliau. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu  Mekar dan Segar pada tahun 1959, Dua Zaman pada tahun 1963Patah Tumbuh pada tahun 1963, danPertentangan pada tahun 1968. Keris Mas juga, dalam penulisannya telah mengemukakan berbagai-bagai persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan sosial-politik sesudah merdeka. Semua persoalan tersebut merupakan pemerhatian dan pantulan kembali pengalaman-pengalaman Keris Mas sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
    Terdapat beberapa buah cerpen Keris Mas telahditerjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina, Korea, Inggeris, dan Rusia. Sehingga kini 11 buahcerpennya telah diterjemah ke dalam bahasa Cina melalui penerbitan Minggu Petir, Nanyang Evening, Nanyang Evening Post, Nanyang Siang Pau, Pemuda Pemudi Universiti, dan Nanyang Siang Wen Che. Manakala terdapat 3 buah cerpen beliau yang diterjemah ke dalambahasa Inggeris seperti "They Do Not Understand" (Mereka Tidak Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan "The Approach of Independence" (Menjelang Merdeka dalam Tenggara) 1967.


   Walaupun dalam karya Keris Mas terdapat pendedahan terhadap kejadian dari kebenaran yang realiti dalam masyarakat. Namun begitu beliau tidak pula mengakui bahawa karya sastera semata-mata dapat memajukan masyarakat. Beliau pernah berkata iaitu:- 


"Kalau kita berpendapat bahawa dengan cerita pendek (CERPEN) sahaja kita boleh memajukan masyarakat, boleh mengubah susunan hidup kepada yang lebih sempurna dan baik, maka sudah tentulah pendapat itu tidak logik. Cerita pendek tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan cara berfikir yang maju".


    Sesungguhnya, kita memang tidak dapat menafikan lagi bahawa cerpen yang ditulis oleh Keris Mas memang menghidupkan imaginasi si pembaca dan ini merupakankunci kepada kejayaan beliau. Selain itu, kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas mnjadi salah satu tonggak utama kejayaan beliau. Berhubung dengan hal yang terakhir ini beliau berpendapat bahawa banyangan pertama yang lahir daribakat seseorang penulis mudah dikesan melaluipenggunaan tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu bergantung pada kesanggupannya menuang buah fikiran dan pengalamannya melalui kata-kata, ayat-ayat dan keseluruhan pengolahan karangannya.


    Meskipun Keris Mas lebih terkenal dengan penulisan cerpen, beliau juga tidak ketinggalan menunjukan bakatnya  dalam penulisan novel. Hasil karya Novel-novel beliau antaranya ialah Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa merupakan tiga buah novel yang sederhana. Pahlawan Rimba Malaya di karang oleh beliau selepas penjajahan Jepun sementara Korban Kesuciannya pada tahun 1949 ditulis semasa beliau bertugas di Utusan Melayu. Seterusnya, Anak Titiwangsayang telah diterbitkan pada tahun 1967 diusahakan sewaktu berada dalam kesibukan beliau berkhidmat diDewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu, beliau juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan karya lain seperti menulis kritikan atau esei, memoir dan wawancara. Antara esei yang dihasilkan oleh beliau seperti Pandangan Umum Tentang Pemikiran dalam Pertumbuhan Kesusasteraan Melayu, Ke Mana Arahnya Kesusasteraan kita?, Tentang Manusia Berkualiti, Bangsa Malaysia yang Bersatu Padu dan banyak lagi.
    Pengetahuan serta pembacaan Keris Mas adalah meluas dan dalam pada masa yang sama beliau dapat melontarkan semula idea-idea daripada pembacaannya menerusi perbuatan mahupun tulisan. Beliau juga mempunyai personaliti yang tegas, petah berbicara danberhujah serta mempunyai sikap yang ramah. Boleh disifatkan  sejak tahun 1947 hingga beliau menghembus nafas terakhir, hidup beliau tidak pernah terpisah  daripada kegiatan sastera. Malah seluruh hidup beliau dikorbankan untuk melibatkan diri dalam pembangunan dan perkembangan sastera Melayu - sebagai wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.


    Oleh yang demikian, penulisan yang dihasilkan oleh Keris Mas tidak kira cerpen, novel, esei atau ktitikan, memoir dan wawancara sememangnya mempunyai mesej yang tersendiri di dalamnya. Maka di sini akan diperlihatkan serba sedikit mengenai karya-karya yang telah dihasilkan oleh Keris Mas. Akan tetapi tidak keseluruhan sesebuah karya itu akan diperlihatkan kerana untuk menjaga hak penerbitan dan hak cipta. Kita akan memaparkan hanya beberapa rangkap serta sedutan bahagian-bahagian tertentu yang terdapat dalam sesebuah karya tersebut. Berikut merupakan karya-karya yang dipilih untuk dikongsi bersama:-

Rabu, 11 Januari 2017


Dasar  Bahasa Melayu

Dasar Bahasa Kebangsaan


[Inti Sari Ceramah Umum JKTBM di Universiti Malaysia Terengganu (29 November 2011) dan di Universiti Malaysia Kelantan (30 November 2011)]

1. Peranan bahasa dalam pembinaan tamadun bermula pada tahap peranan bahasa sebagai salah satu asas "makna diri" atau jati diri sebagai individu. Akal dan bahasa merupakan nikmat utama yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Maka itu secara kiasan manusia dikenal sebagai "haiwan natiq" (haiwan yang berfikir dan berbahasa). Dengan bahasalah manusia memperoleh dan mengembangkan ilmu, dan ilmu merupakan prasyarat terbinanya tamadun. Oleh sebab itulah ilmu terawal yang dikurniakan Allah kepada Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama ialah ilmu bahasa, yang dengannya Adam dapat mengenal segala sesuatu dan dapat berfikir serta merencanakan kehidupan di dunia sebagai khalifah Allah.

2. Setiap bangsa dikurniai Allah bahasanya masing-masing (al-Rum: 22) dan menjadi amanah serta tanggungjawab mana-mana bangsa memajukan bahasanya, di samping memanfaatkan bahasa bangsa-bangsa lain untuk maksud maslahah atau kepentingan umat. Orang yang menghina dan meremehkan bahasa bangsanya sendiri merupakan orang yang kufur nikmat. Ketetapan UNESCO tentang prinsip penyampaian ilmu yang lebih berkesan dalam bahasa ibunda perlu difahami sebagai prinsip yang sebenarnya fitrah bagi manusia.

3. Semua pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia dari zaman ke zaman bertunjangkan bahasa sebagai wasilah pemikiran, pengilmuan, penjanaan kreativiti, pemupukan sistem nilai masyarakat pewarisan segala unsur tamadun daripada satu generasi kepada satu generasi. Tamadun atau peradaban Islam yang bersumberkan wahyu Allah dengan jelas memperlihatkan peranan bahasa dalam pembentukan tamadun, kerana wahyu merupakan kalam atau bahasa Allah yang kemudian dikaji, ditafsirkan dan dimanfaatkan untuk menjadi lunas bagi perkembangan segala aspek tamadun.

4. Pertumbuhan tamadun Melayu sejak awal dengan jelas bertunjangkan bahasa sebagai wasilahnya. Dengan cukup jelas, dalam zaman Kesultanan Melayu (yang muncul di pelbagai tempat di seluruh alam Melayu), bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, iaitu agama yang membentuk pandangan sarwa bangsa Melayu dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa hubungan diplomatik, bahasa ketatanegaraan dan bahasa susastera (prosa dan puisi yang meliputi pelbagai genre).

5. Dalam gerakan menuntut kemerdekaan tanah air, bahasa menjadi salah satu unsur penting sehingga apabila Perlembagaan Persekutuan digubal, bahasa Melayu dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, atas asas sejarah dan hakikat bahasa Melayu sebagai bahasa bagi bangsa teras negara ini yang kemudian dijadikan asas jati diri bagi seluruh rakyat pelbagai keturunan.

6. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi salah tanda penting kewujudan satu entiti politik yang merdeka dan berdaulat dan menjadi bahasa perhubungan umum untuk membentuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu menjadi alat penggerak jentera pentadbiran negara di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Penggunaan satu bahasa rasmi menjadi asas kelancaran pentadbiran negara, berbanding dengan penggunaan lebih daripada satu bahasa rasmi. Di sisi itu, penggunaan bahasa yang baik dan jelas pula membantu kelancaran komunikasi dalam menggerakkan pentadbiran negara.

7. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama pendidikan (berasaskan Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan kemudian Akta Pendidikan 1961 dan yang terkini Akta Pendidikan 1996) pula amat penting dalam konteks pendemokrasian pendidikan (berbanding dengan sistem sekolah Inggeris untuk golongan elit dan sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dalam zaman penjajahan yang tidak memberikan hak pendidikan yang adil kepada seluruh golongan). Selain itu, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama pendidikan, dari peringkat asas hingga peringkat tinggi dapat mengutuhkan tamadun negara kerana ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah dan lancar kepada rakyat terbanyak, berbanding jika ilmu dan maklumat disampaikan dalam bahasa asing. Isyarat yang diberikan oleh Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 4 (Tidak Kuutuskan para rasul melainkan dalam bahasa yang difahami oleh kaumnya masing-masing) amat jelas menunjukkan peranan bahasa sendiri dalam proses pengilmuan sesuatu bangsa, tetapi tanpa menutup keperluan menguasai bahasa-bahasa lain untuk tujuan saling memanfaatkan kekuatan dan kelebihan bangsa lain.

8. Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak sewajarnya dipandang remeh dan diganggu gugat dengan pelaksanaan program yang melemahkan dasar tersebut. Sebaliknya dasar itu perlu diperkukuh dengan pengisian program dan pelaksanaannya secara tegas dan meluas dalam segenap bidang kehidupan bertamadun di negara ini.

Petikan daripada "Hikayat Abdullah" (1882) ini amat sesuai dijadikan renungan:

"“Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?” 
  

Fungsi Bahasa Melayu

 

FUNGSI BAHASA MELAYU
•Sebagai Bahasa Kebangsaan
•Sebagai Bahasa Rasmi
•Sebagai Bahasa Perpaduan
•Sebagai Bahasa Pengantar
•Sebagai Bahasa Ilmu
•Sebagai Bahasa Komunikasi 
BAHASA KEBANGSAAN
•Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
•Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
•Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
•Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
•Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
•Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.
•Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
•Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya. 
BAHASA RASMI
•Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.
•Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.
•Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. 
BAHASA PENGANTAR
•Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.
•Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
•Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.
•Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.
•Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
 
BAHASA PERPADUAN
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
 
BAHASA ILMU
•Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
•Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
•Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya
Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.
•Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
•Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
 
BAHASA KOMUNIKASI
•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
•Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).
•Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.
•Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.